JOHOR BAHRU: Penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Permas, Permas Jaya, di sini bimbang terhadap keselamatan mereka apabila pagar penghadang tempat letak kereta dan struktur luar bangunan itu mulai retak dipercayai akibat runtuhan tebing berhampiran sejak enam bulan lepas.
Pengerusi Penduduk Vivian Tan berkata runtuhan tebing berlaku pada September tahun lepas akibat hujan lebat, dan apa yang lebih merisaukan ialah lokasi tebing itu berhampiran dengan selekoh jalan utama, yang semakin terhakis, sekali gus boleh mengancam nyawa orang ramai.
"Kejadian seperti ini pernah berlaku pada 2014. Kali ini, kami (penduduk) mendapati terdapat tiga lubang di sekitar pagar luar pangsapuri ini yang dipercayai kesan daripada hakisan tanah," katanya yang ditemui pemberita di lokasi tebing runtuh itu, hari ini.
Katanya beliau sudah mengemukakan masalah itu kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pihak terbabit telah meletakkan satu penghadang di kawasan itu, namun tiada tindakan susulan dilakukan sehingga kini.
"Kami harap pihak MBJB dapat mengambil tindakan segera kerana kita lihat keadaan tanah semakin mendap," katanya sambil menambah, pangsapuri terbabit sudah didiami penduduk sejak 23 tahun lepas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata masalah berkenaan perlu diatasi segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti tragedi runtuhan di Highland Towers.
"Ini masalah rakyat... saya tidak mahu menimbulkan kebimbangan tetapi kita tidak mahu ia jadi seperti Highland Towers. Sebab ada longkang di bawah tebing, jadi ia melibatkan sistem bawah tanah yang mana ia masalah serius," katanya.
Sehubungan itu, Hassan berkata beliau akan mengemukakan masalah berkenaan kepada MBJB, kerajan negeri Johor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan tindakan segera diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Hassan berkata masalah berkenaan perlu diatasi segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti tragedi runtuhan di Highland Towers. - BERNAMA
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM
Katanya, hantaran bantuan akan mencabar memandangkan kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.